TENTANG KAMI

Green Matrix® merupakan jenama sebuah syarikat pelancongan yang dimiliki oleh Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710U). Perniagaan ini dimulakan oleh pasangan suami isteri iaitu Wahi Abd Rashid dan Nurshirley Kamilia Abdullah. Mereka memulakan perniagaan pada tahun 2006 di Bintulu, Sarawak.

Pengasas Green Matrix®

Niat asal mereka adalah untuk menambah sumber pendapatan di samping membantu pelajar-pelajar universiti tempat mereka bekerja mendapatkan perkhidmatan kereta sewa pada harga yang berpatutan. Dengan modal sebanyak RM3,000 mereka memulakan perniagaan ini dengan membeli 2 unit Perodua Kancil 660 (M) terpakai.

Strategi memberi layanan mesra kepada pelanggan dan memastikan kereta sewa yang dibekalkan sentiasa berkeadaan baik membuatkan perkhidmatan mereka menjadi pilihan ramai pelanggan.  Pada tahun 2008 mereka mula mendapat kepercayaan syarikat-syarikat korporat di Bintulu untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa yang mereka sediakan.

Azhar Sulaiman salah seorang pelanggan Green Matrix®

Bagi memudahkan urusniaga, mereka mendaftar perniagaan Green Matrix Enterprise pada tahun 2008. Perkataan Green merujuk kepada warna hijau, di mana kedua pengasasnya merupakan pencinta alam sekitar. Perkataan Matrix pula merujuk kepada filem The Matrix lakonan Keanu Reeves yang melambangkan perjuangan.

Mereka berdua terus membangunkan Green Matrix® sedikit demi sedikit dan pada tahun 2009 bilangan kereta yang mereka miliki sudah bertambah kepada 20 buah. Perniagaan mereka terus mendapat sambutan dan pada tahun 2010 bilangan kereta sewa mereka sudah bertambah kepada 70 buah.

Bagi mengembangkan perniagaan mereka telah mendaftar Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710U) pada tahun 2011. Sepanjang menjalankan perniagaan kereta sewa, mereka telah membangunkan sistem dan teknologi perniagaan kereta sewa khas untuk Green Matrix®.

Sebahagian kakitangan Green Matrix®

Mereka juga turut membuka peluang perniagaan kepada individu atau syarikat yang berminat menjalankan perniagaan kereta sewa di bawah jenama Green Matrix® melalui program licensing. Setiap licensee akan diberikan sistem dan latihan supaya mereka boleh memulakan perniagaan kereta sewa pada kos yang paling minima.

Cawangan Green Matrix®

Program licensing telah membantu Green Matrix® menjadi salah satu syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia. Setakat ini Green Matrix® mempunyai 22 cawangan utama dan 100 orang kakitangan terlatih yang sedia membantu pelanggan-pelanggan mereka di seluruh Malaysia. Bilangan kereta sewa yang diuruskan di bawah jenama Green Matrix® adalah sebanyak 1,000 unit dan akan terus di tambah dari masa ke semasa.

Rakan kongsi strategik Green Matrix®

Green Matrix® juga merupakan salah satu pembekal perkhidmatan kereta sewa untuk syarikat penerbangan Air Asia, Jetstar, agensi pelancongan online terbesar di dunia iaitu Expedia dan laman web tempahan kereta sewa terkenal di dunia iaitu Airportrentals.com. Green Matrix® sangat berbangga kerana menjadi salah satu syarikat milik anak tempatan yang dapat bersaing setaraf dengan syarikat antarabangsa.

Rating Green™ Matrix dalam Trustpilot

Selain itu Green Matrix® juga mendapat rating tertinggi untuk perkhidmatan kereta sewa berbanding syarikat kereta sewa lain (5 Star). Selain perkhidmatan kereta sewa Green Matrix® juga menyediakan perkhidmatan penginapan guest house eksklusif pada harga bajet khas untuk keluarga yang ingin bercuti bersama.

Guest house Green Matrix®

Green Matrix® juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta bersama pemandu (chauffuer/private tour) khusus untuk keluarga dan juga kumpulan kecil yang mahukan pakej pelancongan yang lebih eksklusif dan privasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui link di bawah.

What Apps : +60128058004
Facebook : Green Matrix Malaysia
Email : enquiry@greenmatrix.com.my