Salam hormat, terima kasih kerana berminat untuk menyertai program bisnes kereta sewa dengan modal RM300 sebulan. Program ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada anda yang berminat memulakan bisnes kereta sewa dengan modal serendah RM300 sebulan.

Kontrak minima program ini adalah selama setahun dan boleh disambung atas persetujuan kedua-dua pihak pada tahun berikutnya. Secara umumnya anda akan menjadi pembekal kereta sewa kepada Green Matrix®. Sebagai pembekal anda akan diberikan.

  1. Platform pengurusan bisnes kereta sewa.
  2. Modul pengurusan bisnes kereta sewa.
  3. Support group facebook bisnes kereta sewa.

Dalam program ini anda akan dibimbing bagaimana memulakan bisnes kereta sewa dengan modal yang paling minima atau dengan apa yang ada di tangan. Anda akan belajar bagaimana untuk kembangkan perniagaan kereta sewa sehingga mencapai pendapatan sekurang-kurangnya RM15K sebulan.

Anda juga akan dibimbing bagaimana menggunakan pendapatan daripada perniagaan kereta sewa untuk membeli hartanah bernilai RM500K dalam masa 12 – 24 bulan. Sungguh pun begitu kejayaan peserta adalah bergantung kepada komitmen dan tindakan peserta itu sendiri.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Bukan seorang bankrap.
  3. Tahu guna internet dan komputer.
  4. Jujur dan ikhlas.
  5. Merendah diri dan suka belajar.
  6. Boleh bekerja dalam pasukan.
  7. Mesra dan suka melayan pelanggan.
  8. Setia dan berintegriti.

BILA PROGRAM INI AKAN BERMULA?

Program ini akan bermula pada 1 Julai 2018.

TESTIMONIAL

Tuan Muhammad Azuan (Green Matrix® Langkawi) jana RM40,000 sebulan

Tuan Mohd Khaidzir (Green Matrix® Miri) jana RM32,000 sebulan

Tuan Hafiz Musa (Green Matrix® Ipoh) jana RM20K sebulan

Tuan Khadar Karim (Green Matrix® Kota Kinabalu) jana RM16K sebulan

Tuan Bryan Edip (Green Matrix® Subang Jaya) jana RM10K sebulan

SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Adakah pihak Green Matrix® menyediakan kereta?

Jawapan : Tidak. sekiranya anda tidak mempunyai kereta, anda boleh menyewakan kereta orang lain dahulu. Biasanya anda boleh makan komisen di antara 10% hingga 30% bergantung persetujuaan pemilik kenderaan. Apabila pendapatan anda sudah konsisten, anda boleh mula membeli kereta sedikit demi sedikit.

Soalan 2 : Kontrak selama setahun, jika dalam masa 6 bulan dan tak dapat nak teruskan bagaimana?

Jawapan : Jangka masa maksima untuk melihat keberkesanan program ini adalah setahun. Green Matrix® akan menyediakan pakej setahun dengan diskaun yang lebih murah dari pakej pembayaran secara 6 bulan dan seterusnya secara bulanan. Untuk pakej setahun, ia adalah harga yang sudah diberikan diskaun seperti yang dipersetujui dari awal. Tiada pengembalian wang akan dibuat. Untuk pakej pembayaran 6 bulan + 6 bulan lagi secara monthly basis, dan sekiranya peserta tidak dapat teruskan atas sebab-sebab tertentu setelah bulan ke 6, maka bulan seterusnya tidak perlu dibayar.

Soalan 3 : Profit sharing macamana?

Jawapan : Peserta perlu memberikan harga bersih untuk semua model kereta yang peserta ada. Green Matrix® akan menjual pada kadar yang lebih tinggi tetapi kompetitif. Green Matrix® akan membuat pembayaran mengikut harga yang peserta berikan.

Soalan 4 : Program ini perlu bayar royalti juga?

Jawapan : Program ini tidak dikenakan royalti. Rujuk jawapan kepada soalan no 3.

Soalan 5 : Penyelenggaraan, insuran, cukai jalan, dan sebagainya atas tanggungan peserta?

Jawapan : Ya, penyelenggaraan, pembayaran cukai jalan dan insuran adalah tanggungan peserta.

Soalan 6 : Bagaimana nak hantar kereta atau ada kakitangan Green Matrix® akan datang ambil?

Jawapan : Ini adalah sepenuhnya perniagaan peserta dan tidak melibatkan kakitangan Green Matrix®. Jika peserta perlukan runner secara outsource, peserta boleh subscribe kepada perkhidmatan kami yang lain jika kami ada perkhidmatan tersebut di masa akan datang.

Soalan 7 : Bila saya join ni maksudnye kereta saya akan bagi company ke selama setahun?

Jawapan : Kereta-kereta akan dipegang oleh peserta sepenuhnya. Tempahan yang Green Matrix® terima akan diagihkan kepada peserta mengikut kawasan. Peserta yang memberikan harga terendah serta mempunyai rating terbaik akan mendapat banyak tempahan. Jadi peserta perlu memberikan harga yang kompetitif kepada Green Matrix® dan pastikan sentiasa memberikan servis terbaik untuk mendapat lebih banyak tempahan.

Soalan 8 : Kalau sy subscribe ni nanti saya perlu buat jenama saya sendiri ye?

Jawapan : Membina brand bukan mudah dan bukan juga dalam masa setahun. Jika matlamat peserta adalah untuk membina brand dan bukannya untuk menjana pendapatan walau dengan brand orang lain, maka program ini kurang sesuai dengan anda.

Soalan 9 : Jadi nanti skop tugas saya apa tuan kalau join dan macam mana saya dapat income?

Jawapan : Skop tugas secara terperinci akan diberikan kepada perserta yang diterima masuk nanti. Secara ringkasnya, tugas peserta adalah menghantar kereta yang memenuhi spesikasi Green Matrix® dan seperti yang ditempah oleh customer.

Green Matrix® akan buat bayaran kepada akaun peserta sekali seminggu mengikut harga yang diberikan kepada Green Matrix® berdasarkan penghantaran yang telah dibuat setiap minggu. Rujuk jawapan kepada Soalan 3

Soalan 10 : Kalau ada pelanggan dari Green Matrix® kereta saya perlu hantar pada pelanggan atau bagaimana? biasalah kereta ni bila kena bersih dulu kan? sebab kereta ni tak sentiasa berkilat macam duk kat kedai.

Jawapan : Jika ada pelanggan dari Green Matrix® dan peserta telah bersetuju menerima tempahan tersebut, kenderaan yang dibekalkan tertakluk kepada spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan oleh Green Matrix®. Green Matrix® akan menyediakan maklum balas dari pelanggan setiap kali menggunakan perkhidmatan peserta. Penilaian adalah sama ada dalam bentuk rating atau peratusan.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Langkah 1

Bank Transfer (Tiada Surcaj)

Buat bayaran RM500 RM300 ke Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Email payment@greenmatrix.com.my

Paypal (4% Surcaj)

Anda boleh membayar menggunakan kad kredit/debit melalui link berikut. Surcaj sebanyak 4% akan dikenakan (Jumlah RM312). Klik SINI untuk membuat bayaran.

Langkah 2

Isikan borang di bawah.

PENDAFTARAN BKS300

Langkah 3

Setiap permohonan akan dinilai oleh Green Matrix®. Peserta akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari sekiranya permohonan berjaya. Sekiranya berjaya, anda akan dijemput ke facebook group khas. Pastikan anda menggunakan nama profile facebook sebenar. Bagi permohonan yang tidak berjaya, wang yang telah dibayar akan dikembalikan dalam masa 7 hari bekerja selepas dimaklumkan tidak berjaya. Sebarang pertanyaan boleh email ke enquiry@greenmatrix.com.my.