GOCARETA

Laman web GOCARETA

GOCARETA adalah satu sistem sewa kereta layan diri. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem perkongsian kereta (carsharing) yang membolehkan ahlinya berkongsi penggunaan kereta menggunakan aplikasi khas.

GOCARETA dapat membantu mengurangkan beban pemilikan kereta di kalangan ahlinya di mana mereka tidak perlu pening kepala tentang pinjaman bank, ansuran bulanan, penyelenggaraan kenderaan, insuran dan cukai jalan. Ahli hanya perlu bayar bila guna sahaja.

Sistem ini sudah diperkenalkan di beberapa negara maju dan ianya sangat berjaya. Di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang sudah memulakan sistem perkongsian kereta ini antaranya adalah comos.com.my, gocar.my dan terbaru socar.my.

Syarikat carsharing di Malaysia

Setiap syarikat mempunyai kelebihan tersendiri. Green Matrix® juga tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan sistem perkongsian kereta miliknya sendiri yang dikenali sebagai GOCARETA.

Tidak seperti syarikat perkongsian kereta lain, GOCARETA memberi peluang kepada mana-mana pemilik kereta menjana pendapatan sampingan dengan memasang sistem GOCARETA pada kereta milik mereka sendiri.

Di samping menjana pendapatan daripada kereta milik sendiri, mereka juga dapat membantu mengurangkan beban pemilikan kereta di kalangan jiran-jiran, keluarga terdekat dan juga ahli GOCARETA.

Kereta yang dilengkapi dengan sistem GOCARETA juga dilindungi insuran sepenuhnya dan ahli GOCARETA juga secara automatik dilindungi polisi insuran/takaful yang melibatkan kematian atau kecederaan bernilai RM30,000.

BAGAIMANA GOCARETA BERFUNGSI?

Berikut merupakan demo bagaimana sistem GOCARETA yang telah dipasang berfungsi.

GOCARETA pada Perodua Axia 1.0 (A)

GOCARETA pada Perodua Bezza 1.3 (A)

BERAPA KOS NAK PASANG GOCARETA?

Kos pemasangan adalah RM2,000 (sekali sahaja) untuk sebuah kereta + yuran khidmat sokongan RM1,200 = RM3,200. Untuk memasang GOCARETA pemilik kereta perlu menyediakan kunci pendua (bahagian remote sahaja). Setiap transaksi, syarikat akan ambil 10% Komisen.

  • Pemasangan RM2,000 (sekali sahaja).
  • Yuran tahunan RM100 x 12 bulan = RM1,200.
  • Komisen 10% daripada setiap transaksi

Maknanya kalau pelanggan membayar RM100, pemilik kereta akan dapat RM90 bersih. Kalau dapat RM1,000, pemilik kereta akan dapat RM900 bersih. Pemilik kereta akan mendapat khidmat sokongan berterusan daripada pasukan GOCARETA.

Kelebihan GOCARETA adalah ianya boleh beroperasi 24/7 secara automatik tanpa perlu pemantauan manusia yang intensif. Kereta sudah bertukar menjadi mesin buat duit dan bekerja siang dan malam tanpa perlu banyak pemantauan.

Pemilik kereta hanya perlu periksa dan cuci kereta apabila kereta dikembalikan dan sediakan kembali untuk buat duit. Ianya boleh dilakukan secara sambilan dan sepenuh masa.

BERMINAT NAK PASANG?

Isikan borang berikut

Permohonan GOCARETA

Pihak kami akan menghubungi anda untuk temujanji pemasangan.