LICENSING GREEN MATRIX

Pengasas Green Matrix

Salam terima kasih kerana berminat dengan program licensing Green Matrix. Sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama saya Wahi Abd Rashid. Saya merupakan pengasas Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (juga dikenali Green Matrix). Syarikat saya menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk pelancong, syarikat korporat dan agensi kerajaan.

Saya memulakan bisnes kereta sewa sejak tahun 2006. Bagi mengembangkan perniagaan syarikat saya menawarkan program licensing kereta sewa di mana peserta yang ingin menjalankan bisnes kereta sewa boleh menggunakan jenama dan sistem yang syarikat saya sediakan.


Lokasi operasi Green Matrix

Program licensing membantu Green Matrix berkembang dengan sangat pantas. Buat masa ini kami boleh menerima tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia (Bali, Jakarta dan Bandung), Thailand (Bangkok) dan juga Vietnam (Ho Chi Minh City).

Bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik, kami sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan. Buat masa ini kami mendapat banyak maklum balas positif daripada pelanggan.

Testimonial Azhar Sulaiman

Testimonial Azura Zainal

Testimonial Dato Dr Fazley Yaacob

Testimonial Nisa Kasnoon & Salim Husin (Astro Awani)

Liputan perkhidmatan yang luas dan perkhidmatan berkualiti telah menarik minat banyak syarikat dalam dan luar negara untuk bekerjasama dengan Green Matrix. Setakat ini kami merupakan antara pembekal perkhidmatan kereta sewa untuk Air Asia, Expedia, Jetstar dan Airportrentals.


Rakan strategik Green Matrix

KENAPA TAWARKAN PROGRAM LICENSING?

Sebenarnya kami ada tawarkan program di mana anda boleh menjadi pembekal kereta sewa kepada Green Matrix. Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar. Green Matrix sediakan sistem dan latihan secara percuma. Setiap tempahan yang anda dapat, Green Matrix akan ambil 15% untuk menampung kos operasi. Maklumat program boleh klik SINI.

Walau bagaimanapun ada juga peserta yang ingin menggunakan jenama Green Matrix. Contohnya mereka ingin memasang signboard di premis perniagaan mereka, memakai baju Green Matrix, menggunakan bisnes kad Green Matrix dan bahan-bahan promosi yang lain. Justeru peserta ini perlu mendaftar sebagai licensee Green Matrix. Hanya licensee Green Matrix sahaja boleh menggunakan jenama Green Matrix.

APA SYARAT UNTUK MENJADI LICENSEE GREEN MATRIX?

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Minat berniaga.
  • Mesra.
  • Jujur.
  • Suka kerja berpasukan.
  • Suka belajar.
  • Merendah diri.
  • Tahu menggunakan internet.

TANGGUNGJAWAB LICENSEE GREEN MATRIX

Green Matrix amat menitik beratkan nama baik syarikat. Justeru setiap licensee Green Matrix perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu.

  • Mesti menggunakan jenama Green Matrix sepenuhnya untuk mengelakkan pelanggan keliru.
  • Segala bayaran untuk perkhidmatan kereta sewa perlu di masukkan ke dalam akaun Green Matrix terlebih dahulu, dan Green Matrix akan mengeluarkan resit rasmi yang sah kepada pelanggan untuk rujukan kedua-dua pihak.
  • Green Matrix akan mengenakan caj sebanyak 15% untuk menampung kos operasi (6% SST + 9% caj perkhidmatan = 15%).
  • Licensee Green Matrix perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM300 untuk khidmat sokongan.
  • Licensee Green Matrix mestilah sentiasa menjaga nama baik syarikat setiap masa.

SIAPA YANG TIDAK SESUAI MENJADI LICENSEE GREEN MATRIX?

  • Pengusaha kereta sewa yang sudah ada lesen syarikat pelancongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Anda boleh mendaftar sebagai pembekal persendirian melalui program INI.
  • Pengusaha kereta sewa yang tidak bercadang menggunakan jenama Green Matrix dan becadang untuk membangunkan jenama sendiri.

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI LICENSING GREEN MATRIX?

  • Pengusaha kereta sewa kecil-kecilan yang masih tiada sistem perniagaan yang sistematik.
  • Pengusaha kereta sewa yang mahu berkembang bersama Green Matrix.

APA FAEDAH PROGRAM LICENSING GREEN MATRIX?

Lincensee Green Matrix akan mendapat kemudahan berikut.

  • Keahlian group telegram Green Matrix. Di dalam group ini anda boleh berkomunikasi dan bertukar pendapat dengan semua licensee seluruh negara.
  • Keahlian group facebook Green Matrix – Business Support. Di dalam group ini anda akan diajar dengan lebih spesifik tentang pengurusan perniagaan yang betul.
  • Anda boleh membawa seorang pasangan atau rakan kongsi untuk sama-sama mengusahakan bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix.
  • Anda boleh guna jenama Green Matrix untuk pemasangan signboard di premis, bisnes kad, t-shirt, topi, lanyard, flyer, wind flag dan bahan-bahan promosi lain. Segala kos adalah tanggungjawab licensee. Licensee perlu maklumkan kepada Green Matrix terlebih dahulu supaya penggunaan jenama seragam.
  • Akaun di gogreenmatrix.com akan dinaik taraf dari Basic ke Pro di mana licensee boleh daftar 2 lokasi berbeza dan tempoh pengesahan tempahan dipanjangkan daripada 30 minit ke 6 jam.
  • Bagi licensee yang mahu beroperasi di kampus universiti, anda dapat percuma sistem tempahan kereta sewa mycampuscarrental.com. Terhad 1 licensee 1 kampus sahaja. Tertakluk kepada kekosongan.
  • Green Matrix ada lesen kementerian kewangan, jadi anda boleh guna untuk dapatkan tender-tender kerajaan sekiranya ada.
  • Lisensee berpeluang mendapatkan kereta pajak yang ditawarkan kepada Green Matrix. Walau bagaimanapun urusniaga adalah di antara licensee dan pemilik kereta sahaja dan tidak melibatkan Green Matrix. Sekiranya ada masalah, licensee dan pemilik kereta perlu berbincang bersama.

ADA APA-APA LAGI BAYARAN?

Green Matrix hanya mengambil 2 jenis bayaran.

  1. Yuran bulanan RM300.
  2. Caj perkhidmatan 15% daripada setiap tempahan.

Sekiranya licensee ingin menempah bahan promosi, kos adalah dibawah tanggungjawab licensee.

TESTIMONIAL LICENSEE

Syed Rahim Syed Ibrahim – Selangor

Mohd Ash – Selangor

Saifful Nazri Md Nazir – Kelantan

Bakar Yahaya – Pulau Pinang

Walter R. Palalun – Sandakan

Khairul Niszuan Jahid – Johor

Sayed Diana – Selangor

Ridwan Yahya – Selangor

Arbani Aman – Negeri Sembilan

Mohd Ashraf – Selangor

SOALAN LAZIM

Saya tiada kereta, boleh join program ini?

Boleh, tiada masalah, kami ada peserta bermula tanpa kereta, permohonan mendapatkan pinjaman bank juga gagal kerana komitmen hutang yang tinggi. Apa yang beliau buat adalah beliau membuat pemasaran melalui fb live. Beliau hanya memberitahu ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa di kawasannya. Hasilnya beliau dapat banyak tempahan daripada pelanggan. Memandangkan beliau tiada kereta, beliau mengambil kereta daripada licensee Green Matrix yang terdekat dengannya. Ahli keluarga dan rakan-rakan yang melihatnya aktif buat fb live mula menghubunginya minta bekerjasama. Dalam masa beberapa bulan beliau sudah dapat lebih 10 buah kereta secara pajak. Walaupun kereta itu bukan beliau punya, namun beliau sudah yakin bagaimana nak mencari pelanggan. Beliau juga dapat menjana sedikit komisen tanpa perlu keluar apa-apa modal untuk beli kereta. Sekarang beliau dalam perancangan untuk membeli kereta sendiri.

Bolehkah saya jumpa mana-mana wakil Green Matrix sebelum mendaftar?

Anda boleh hubungi wakil pengurus Green Matrix untuk membuat temujanji. 

1. Langkawi : Azuan (012-6035806)
2. Perlis : Tuah (011-11415978)
3. Pulau Pinang : Hafiz Musa (013-3943579)
4. Perak : Hafiz Musa (013-3943579)
5. Subang, Selangor : Zialoma (011-20804947)
6. Sepang, Selangor : Amirul Zamri (016-2327113)
7. Kuala Lumpur : Azmi Isa (012-7197699)
8. Negeri Sembilan : Qayyum (011-21247679)
9. Melaka : Rizuan Sulong (018-3703737)
10. Johor : Fadly Tahir (017-7080824)
11. Pahang : Syed Sulaiman (014-9255744)
12. Terengganu : Fazrol Che Isa (011-10922969)
13. Kelantan : Saifful Nazri : (019-9061148)
14. Kuching, Sarawak : Salman (019-8482380)
15. Bintulu, Sarawak : Helena (012-8033002)
16. Miri, Sarawak : Khadzir (012-8888744)
17. Brunei : Ihsaan Sabaraya (6738205515)
18. Kota Kinabalu, Sabah : Humam (019-8426939)
19. Kudat, Sabah : Salleh (014-9109897)
20. Sandakan, Sabah : Nizam (013-2002361)
21. Tawau, Sabah : Herman (010-9324577)

Walau bagaimanapun kami tidak berjanji anda boleh berjumpa dengan pengurus kami kerana mereka juga sibuk. Jadi anda boleh menyertai Group Telegram berikut untuk bertanya secara langsung. Klik SINI

Pelanggan saya kena cari atau Green Matrix berikan?

Anda nak kami beri ikan atau belajar bagaimana nak tangkap ikan?

Sampai bila saya kena bayar yuran bulanan?

Selagi anda ingin menjadi licensee Green Matrix.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Langkah 1

Sila buat bayaran RM300 ke Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Email : payment@greenmatrix.com.my.

Langkah 2

Sila isi borang di SINI.

Langkah 3

Tunggu pihak kami menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk proses seterusnya. Pihak Green Matrix berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat. Sekiranya permohonan anda di tolak, wang pendaftaran akan dikembalikan dalam masa 7 hari bekerja.