Salam terima kasih kerana berminat menyertai program licensing Mycampus. Program ini diwujudkan khas untuk anda yang berminat menjalankan perniagaan kereta sewa di kampus/universiti di Malaysia.

Mycampus dimiliki oleh Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (Green Matrix®) yang merupakan syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (No Lesen KPK/LN7944).

Program licensing Mycampus diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kereta sewa khusus kepada pelajar di dalam kampus dan juga orang awam di sekitar kawasan licensee beroperasi. Program ini sedang dikembangkan ke seluruh Malaysia bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat perkhidmatan kereta sewa terbaik.

TESTIMONIAL PESERTA

Muhammad Aiman Yussof – Mycampus USIM RM6K Sebulan

Muhammad Syahir Suhaimi Mycampus UiTM Shah Alam RM15K Sebulan

Program licensing Mycampus sedikit berbeza berbanding Green Matrix® kerana kadar sewaan mengikut kiraan jam, harian, mingguan dan bulanan. Model-model kereta pula terhad kepada jenis ekonomi.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Bukan seorang bankrap.
  3. Tahu guna internet dan komputer.
  4. Jujur dan ikhlas.
  5. Merendah diri dan suka belajar.
  6. Boleh bekerja dalam pasukan.
  7. Mesra dan suka melayan pelanggan.
  8. Setia dan berintegriti.

KUOTA PENYERTAAN

Bagi kampus yang mempunyai kurang 5,000 orang pelajar, kuota terhad 1 licensee sahaja. Kampus yang mempunyai lebih 5,000 pelajar akan dibuka kepada lebih daripada 1 licensee. Contohnya sebuah kampus mempunyai 10,000 pelajar, maka peluang akan dibuka kepada 2 licensee. Nisbah adalah 5,000 pelajar : 1 licensee.

BILANGAN KENDERAAN

Setiap licensee digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya 10 kenderaan sahaja. Sekiranya licensee memerlukan kenderaan tambahan, dicadangkan supaya mengambil kereta secara pajak sahaja supaya licensee boleh fokus kepada pembelian hartanah. Walau bagaimanapun bilangan kenderaan bergantung kepada keperluan dan budi bicara setiap licensee.

BAGAIMANA PROGRAM BERJALAN?

  1. Peserta perlu memohon terlebih dahulu.
  2. Permohonan di kampus yang sudah ada licensee berdaftar akan ditolak.
  3. Pihak Mycampus akan menilai setiap permohonan dalam masa 7 hari.
  4. Permohonan yang/tidak berjaya akan dimaklumkan melalui email.
  5. Licensee yang berjaya akan dimasukkan dalam fb group untuk coaching online.
  6. Segala fail-fail licensing boleh dimuat turun dalam group fb mycampus.
  7. Licensee boleh berhubung dengan kakitangan Mycampus untuk bantuan.
  8. Setiap kutipan sewa, mesti dimasukkan ke dalam akaun licensor seminggu sekali.
  9. Licensor akan membuat bayaran kepada licensee seminggu sekali.
  10. Yuran licensing RM300 sebulan perlu dibayar kepada licensor pada setiap 15 hb.
  11. Sekiranya licensor gagal membuat bayaran yuran licensing pada tarikh yang ditetapkan, akaun licensee akan digantung sehingga bayaran dibuat.
  12. Licensor berhak melantik licensee baru sekiranya license sedia ada tidak aktif.

APA SAYA PERLU BAYAR?

  • Kit licensee RM1,000 (Sekali bayar)
  • Yuran licensing RM300 sebulan
  • Royalti 5% daripada kutipan sewa.

APA SAYA DAPAT?

  1. Sistem tempahan kereta sewa online bernilai RM15K
  2. Email rasmi syarikat bernilai unlimited quota RM1K
  3. 1000 keping bisnes kad bernilai RM200
  4. 4 helai T-Shirt Mycampus bernilai RM200
  5. Sistem online rental aggrement bernilai RM3K (coming soon)
  6. Support group telegram bernilai RM1K
  7. Support fb group coaching bernilai RM10K.
  8. Sistem CTOS bernilai RM6K setahun.
  9. Peluang mendapat kereta pajak.
  10. Naik taraf sistem secara percuma sekiranya ada.

KAMPUS MANA YANG MASIH KOSONG?

Anda boleh melawat laman web www.mycampuscarrental.com dan melihat senarai kampus yang ada dalam laman web berkenaan. Kampus yang tiada dalam senarai dikira masih kosong. Walau bagaimanapun kekosongan bergantung kepada siapa yang terawal memohon. Sekiranya lokasi kampus sudah ditempah, maka wang pendaftaran akan dikembalikan dalam masa 7 hari.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Langkah 1

Bank Transfer (Tiada Surcaj)

Buat bayaran RM1,000 + RM300 = RM1,300 kepada Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Email : payment@greenmatrix.com.my.

Paypal (4% Surcaj)

Anda boleh membayar menggunakan kad kredit/debit melalui link berikut. Surcaj sebanyak 4% akan dikenakan (Jumlah RM312). Klik SINI untuk membuat bayaran.

Langkah 2

Isi borang berikut

PENDAFTARAN LICENSING MYCAMPUS

Langkah 3 

Tunggu pengesahan permohonan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, wang anda akan dikembalikan dalam masa 7 hari selepas keputusan permohonan anda dimaklumkan. Proses keseluruhan mengambil masa 10 hari. Harap maklum.